Pengenalan
Pada abad ini, kebanyakan negara di dunia mengambil sistem demokrasi sebagai cara pemilihan kerajaan di negara masing-masing. Demokrasi menjadi pilihan rakyat kerana dianggap sebagai salah satu cara untuk menyatakan pandangan, dan ia merupakan salah satu hak kebebasan individu.
Pada abad ini, kebanyakan negara di dunia mengambil sistem demokrasi sebagai cara pemilihan kerajaan di negara masing-masing. Demokrasi menjadi pilihan rakyat kerana dianggap sebagai salah satu cara untuk menyatakan pandangan, dan ia merupakan salah satu hak kebebasan individu.
Istilah demokrasi yang berasal daripada perkataan Yunani - 'demo' atau 'rakyat', ditakrifkan sebagai kerajaan yang dipilih oleh kuasa tertinggi iaitu rakyat. Menurut bekas presiden Amerika Syarikat yang pertama, Abraham Lincoln, demokrasi adalah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. [1]
Persoalannya, adakah rakyat mengetahui asal-usul sistem ini? Adakah sejarah perkembangannya diteliti secara terperinci? Maka, dalam penulisan ini, terdapat tiga bahagian dibincangkan iaitu sejarah demokrasi, fasa-fasa perkembangan demokrasi kontemporari dan juga penganalisisan epistemologi demokrasi.
Persoalannya, adakah rakyat mengetahui asal-usul sistem ini? Adakah sejarah perkembangannya diteliti secara terperinci? Maka, dalam penulisan ini, terdapat tiga bahagian dibincangkan iaitu sejarah demokrasi, fasa-fasa perkembangan demokrasi kontemporari dan juga penganalisisan epistemologi demokrasi.
Sejarah Demokrasi
Di bandar Athens, penduduknya hidup di bawah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dari tahun 508 - 322 S.M.. Selama tempoh 186 tahun ini, rakyatnya hidup aman dan makmur. Demokrasi di Athens tidak terhad kepada hak rakyat untuk memilih pemimpin, tetapi mereka turut berbahas dan mengundi tentang isu semasa, dari permasalahan yang besar seperti perihal peperangan dan keamanan, sehingga perkara yang kecil seperti ciri-ciri ketua nakhoda (Christopher W. Blackwell, 2003). Ini menunjukkan ketelitian sistem pentadbiran pada masa itu sangat baik dan semua rakyat bebas untuk mengemukakan pandangan masing-masing.
Pada tahun 1791M, perkembangan demokrasi dapat dilihat dalam revolusi berdarah Perancis (1789-1799M) di mana kerajaan Perancis dengan rasminya memperkenalkan demokrasi sebagai asas perlembagaan negara tersebut.
Demokrasi terus berkembang di negara-negara Barat dan akhirnya muncul di negara Islam selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1922. Akhirnya penggunaan sistem demokrasi sebagai sistem pemerintahan negara telah digunakan di negara Islam, dari satu negara ke satu negara yang lain. Mesir sebagai contoh, pada tahun 1923, kerajaan ini dalam perlembagaannya yang pertama ada menyebutkan 'Kedaulatan Negara adalah untuk rakyat dan rakyat menjadi sumber pemerintahan'. Di Asia Tenggara pula, Malaysia akhirnya mengikuti negara-negara Islam di sekitarnya untuk turut mengamalkan sistem demokrasi selepas kemerdekaannya pada tahun 1957 (Abu Omar dan Idris Sulaiman, 2013).
Fasa-fasa perkembangan Demokrasi Kontemporari
Perkembangan Demokrasi moden boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Fasa Permulaan, Fasa Berakhirnya Penjajahan dan Fasa Baru.
Fasa Permulaan
Walaupun revolusi Perancis telah berlaku pada tahun 1789, tetapi demokrasi di negara tersebut masih tidak stabil. Bahkan sepanjang abad ke-19, sistem demokrasi di Perancis masih tidak kukuh. Walau bagaimanapun, revolusi di Perancis telah menjadi pencetus kepada negara-negara lain di Eropah.
Di Britain pula, perkembangan demokrasi sebenarnya telah bermula sebelum revolusi di Perancis lagi tetapi pergerakannya agak perlahan. Sepanjang abad ke 18 hingga 19, sistem monarki dan feudal terhapus sedikit demi sedikit di negara ini. Semakin ramai rakyat yang diberi hak kebebasan untuk mengundi. Pada tahun 1776, negara jajahan British di utara Amerika telah mengisytiharkan kemerdekaan. Akhirnya negara jajahan ini bergabung untuk membentuk US tetapi hak mengundi masih tidak diberikan kepada semua rakyat.
Pada abad ke-19, perjuangan menuntut demokrasi berkisar berkenaan keadilan dan kebebasan. Antara tuntutan utama ialah setaip rakyat diberikan hak untuk mengundi. Kebanyakan negara di Europe, tidak semua rakyat diberikan hak mengundi. Di sesetengah negara, hak mengundi hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai harta. Di US, mereka yang berkulit hitam tidak dibenarkan mengundi shingga tahun 1965. New Zealand merupakan negara yang terawal memberi hak mengundi kepada seluruh rakyatnya iaitu pada tahun 1893 (Sprakashan, 2013).
Fasa Berakhirnya Penjajahan
Kebanyakan negara di Asia dan Afrika berada di bawah jajahan Eropah untuk jangka masa yang lama. Rakyat tidak sekadar menuntut kemerdekaan tetapi rakyat juga menuntut untuk diberi kebebasan untuk memilih pemimpin negara. Kebanyakan negara ini merdeka selepas Perang Dunia ke-2 pada tahun 1947. India sebagai contoh, merdeka pada tahun 1947.
Ghana, negara yang terletak di Afrika Barat pula, mempunyai sejarah demokrasi seperti kebanyakan negara bekas jajahan yang lain. Ghana dulunya berada di bawah jajahan British dan dinamakan sebagai Gold Coast. Memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957, Ghana menjadi pencetus buat negara Afrika yang lain untuk menuntut kemerdekaan. Kemerdekaan di Ghana banyak disumbangkan oleh seorang guru yang bernama Kwame Nkrumah. Selepas kemerdekaan, beliau diangkat menjadi presiden Ghani untuk sepanjang hidupnya. Walaubagaimanapun, pada tahun 1966, penggulingan terlah berlaku oleh tentera. Seperti kebanyakan negara bekas jajahan yang lain, demokrasi di Ghana masih tidak kukuh (Sprakashan, 2013).
Di Malaysia pula, suara tuntutan kemerdekaan sudah lama dilaungkan. Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 selepas peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Walau bagaimanapun, kemerdekaan belum berjaya dicapai apabila Jepun menyerahkan Tanah Melayu kepada pihak Inggeris di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Selepas beberapa rundingan dengan pihak Inggeris yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, akhirnya Tanah Melayu berjaya memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957. [5]
Fasa Baru
Gelombang demokrasi muncul kembali selepas tahun 1980. Pada waktu ini, Soviet Union berjaya menguasai sebahagian besar negara komunis di Timur Eropah. Beberapa buah negara seperti Poland berjaya keluar dari cengkaman Soviet Union pada sekitar tahun 1989 - 1990. Demokrasi menjadi pilihan majoriti negara yang berjaya bebas ini. Soviet Union yang terdiri daripada 15 Republik ini runtuh pada tahun 1991 apabila kesemua Republik yang terlibat berpecah menjadi negara yang merdeka. Kebanyakan negara ini juga memilih sistem demokrasi untuk negara. Akhirnya perpecahan dan pengakhiran Soviet Union membawa kepada perubahan besar politik dunia.
Antaranya di rantau India, Pakistan dan Bangladesh berubah dari pemerintahan tentera kepada demokrasi pada tahun 1990. Pada tahun 2005, sebanyak 140 negara di dunia membenarkan perlbagai parti politik yang bertanding ddalam pilihanraya. Tetapi tidak dinafikan masih wujud negara yang tidak memberi hak kebebasan memilih kepada rakyat seperti di Myanmar (Sprakashan, 2013).
Penganalisisan Epistemologi Demokrasi
Ada yang berpendapat cetusan demokrasi bermula secara langsung dari Poland dan ada juga yang berpendapat demokrasi berasal dari Greek cuma perkembangannya terkubur. Penulis lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan asal-usul demokrasi adalah dari Greek memandangkan bangsa itu banyak melahirkan ahli falsafah dan cendekiawan seperti Aristotle. Sebagai seorang ilmuwan, menjadi perkara biasa untuk berhujah dan membincangkan sesuatu perkara sebelum mendapat kata putus. Bertepatan dengan kenyataan, demokrasi di Greek bukan hanya melibatkan pemerintahan negara tetapi juga melibatkan perkara-perkara kecil yang berlaku di kalangan rakyat. Maka dari segi analisis penulis, demokrasi itu berasal dari Greek.
Penutup
Demokrasi semakin diterima di kebanyakan negara di dunia. Sistem ini diterima secara meluas dan berkembang dengan pesat pada abad ke-19. Perbahasan mengenai demokrasi juga semakin rancak dalam era ini. Walaupun terdapat pemikir dan aktivis Islam yang kurang bersetuju dengan sistem demokrasi seperti Syed Qutb yang menyifatkan ianya perkara buruk dari Barat, akan tetapi ramai juga yang menyokong sistem ini seperti Imam Hassan al-Banna dan as-Syaikh Yusuf al-Qaradawi. Imam Hassan al-Banna sendiri melibatkan diri dalam pilihan raya di Mesir sebelum berlaku tragedi pembunuhan ke atas dirinya. Ini menunjukkan iltizamnya kepada doktrin dan amalan demokrasi. As-Syaikh Yusuf al-Qaradawi pula menyifatkan sistem demokrasi sebenarnya merupakan gambaran daripada ajaran Islam itu sendiri (Muhammad Nur Manuty, 2013). Penulis sendiri lebih cenderung kepada pendapat menyokong sistem demokrasi selagi sistem itu dijalankan dengan telus dan adil.
Senarai Rujukan
[1] Democracy in Brief. Bureau of International Information Programs U.S Department of State. Diakses dari http://usinfo.state.gov pada 6 November 2013.
[2] Christopher W. Blackwell (2003). Athenian Democracy: An Overview. The Stoa: A Consortium For Electronic Publication in The Humanities.
[3] Abu Omar, Idris Sulaiman (2013). Demokrasi dan Pilihanraya. Kajang.
[4] Sprakashan (2013). Democracy in The Contemporary World. Diakses dari http://cbse.manifo.com/ pada 6 November 2013.
[5] Diakses dari http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/sejarah-kemerdekaan pada 6 November 2013.
[6] Muhammad Nur Manuty (2013). Islam dan Demokrasi: Dari Perspektif Ideologi-ideologi Gerakan Islam Semasa. World Conference of Islamic Resurgence.